Apa Itu Obesiti ?
Bila sebut sahaja obesiti , mesti kita akan memikirkan tentang susuk tubuh manusia yang bertubuh gempal dan sudah tentu besar kan ?
Sebenarnya obesiti ini merupakan keadaan di mana lemak badan berlebihan yang terkumpul sehingga ke satu tahap yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang. Di Malaysia, obesiti boleh dikenal pasti mengikut berat badan seseorang berdasarkan ukuran Indeks Jisim Badan (BMI).
Individu itu biasanya akan dianggap sebagai obes apabila indeks jisim badannya (BMI) melebihi tahap normal. Indeks BMI yang dianggap normal ialah antara 20 hingga 25 , manakala individu yang mempunyai BMI lebih daripada 25 dikatakan memiliki berat yang berlebihan. Apabila BMI 30 dan ke atas , mereka ini akan dianggap obes. Jika dengan 35 dan ke atas pula , mereka ini dianggap obes parah.
Obesiti ialah masalah kesihatan yang hangat dibincangkan di seluruh pelusuk dunia terutamanya di Asia kerana ia kini dilaporkan menjadi masalah nombor satu di Asia.
Ia menjadi satu masalah besar dalam kalangan lelaki mahupun wanita termasuk kanak-kanak.
Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Tahun 2011 mendapati seramai 33.3 peratus rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas berada dalam kategori praobes manakala 27.2 peratus adalah obes.
Secara umumnya salah satu punca utama masalah obesiti adalah amalan diet pemakanan harian yang tidak sihat tanpa mengira jantina. Ini termasuk pengambilan makanan secara berlebihan dan hidangan yang tinggi lemak serta gula, melebihi daripada jumlah diperlukan setiap hari.
APAKAH PUNCA OBESITI ?
1. MAKAN MAKANAN MANIS
Makanan ini mengandungi kandungan gula dan berkarbohidrat yang akan meningkatkan paras gula dan hormon insulin di dalam darah. Sekiranya lebih banyak makanan bergula diambil, semakin banyak insulin akan dirembeskan untuk menstabilkan paras gula.Lama-kelamaan, paras gula ini akan menjadi tidak stabil. Seseorang itu akan menjadi lesu, kurang bertenaga dan sentiasa teringin makanan manis untuk meningkatkan tenaga. Akhirnya, berat badan akan naik sehingga terjadinya obesiti yang membawa pelbagai penyakit.
2. MAKAN BANYAK TAPI MALAS BERSENAM
Orang yang ada berat berlebihan ini memang suka makan walaupun perut tidak lapar. Mereka juga pasif dan sanggup duduk berjam-jam tanpa melakukan kerja-kerja berat. Akhirnya, kalori di dalam makanan yang tidak dapat digunakan untuk ditukarkan kepada lemak maka ia akan terus disimpan di bahagian-bahagian badan seperti perut, pinggang dan lengan.Obesiti ada kaitan dengan nilai tenaga yang diperoleh daripada makanan iaitu kalori. Seorang lelaki yang aktif memerlukan sekurang-kurang 2500 kalori setiap hari untuk kekal sihat dan cergas manakala seorang wanita memerlukan 2000 kalori setiap hari.
Tabiat malas bersenam akan menyebabkan badan cepat naik dan boleh menjadi obesiti sekiranya tidak dibendung.
KITARAN OBESITI KANAK-KANAK
Obesiti berlaku tidak mengira umur , bermula dari peringkat kanak-kanak lagi ibu bapa dapat mencegah gejala ini dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
KESAN OBESITI
Lebih baik mencegah daripada merawat , inilah antara kesan gejala obesiti yang berlaku di kalangan masyarakat. Jangan lah pula sudah terhantuk baru tengadah .
LANGKAH PENCEGAHAN
1. MENGAMALKAN DIET YANG SEIMBANG
Kita mestilah mengamalkan pemakanan diet yang seimbang mengikut kuantiti yang betul berdasarkan piramid makanan.2. LAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL
Untuk memiliki tubuh badan yang sihat , kita mestilah rajin melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam, joging dan berbasikal.Formula untuk mengurangkan berat badan adalah sangat mudah. Lebih banyak anda bergerak, lebih banyak kalori dibakar dan lebih cepat untuk kurus.
Untuk pengetahuan anda , bagi menghilangkan 1 kilogram lemak, anda perlu membakar 7,700 kalori dengan bersenam. Untuk permulaan, orang yang obes boleh berjalan perlahan-lahan untuk meningkatkan aktiviti fizikal harian. Gabungkan aktiviti fizikal dengan diet yang betul akan meningkatkan peluang untuk kurus secara berkesan.
TIPS PEMAKANAN DIET SEIMBANG
Sekian sahaja perkongsian mengenai Gejala Obesiti daripada saya , sebarang pertanyaan boleh komen di bawah !
Comments
Post a Comment