Apa Itu Obesiti ?
Bila sebut sahaja obesiti , mesti kita akan memikirkan tentang susuk tubuh manusia yang bertubuh gempal dan sudah tentu besar kan ? Sebenarnya obesiti ini merupakan keadaan di mana lemak badan berlebihan yang terkumpul sehingga ke satu tahap yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang. Di Malaysia, obesiti boleh dikenal pasti mengikut berat badan seseorang berdasarkan ukuran Indeks Jisim Badan (BMI). Individu itu biasanya akan dianggap sebagai obes apabila indeks jisim badannya (BMI) melebihi tahap normal. Indeks BMI yang dianggap normal ialah antara 20 hingga 25 , manakala individu yang mempunyai BMI lebih daripada 25 dikatakan memiliki berat yang berlebihan. Apabila BMI 30 dan ke atas , mereka ini akan dianggap obes. Jika dengan 35 dan ke atas pula , mereka ini dianggap obes parah. Obesiti ialah masalah kesihatan yang hangat dibincangkan di seluruh pelusuk dunia terutaman...